Adakah benar kita sahabatnya ?
09:52Bismillahhirahmannirahim, Assalammualaikum. Sahabat itu satu keperluan hidup. Setuju ? Seperti mana kita memerlukan keluarga yang sealiran darah, begitu juga sahabat yang baik dalam hidup. Sahabat yang baik sentiasa inginkan kebaikan dalam hidup kita. Contohnya menegur atau ditegur menjadi satu kemestian pada kita kerana hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. Maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. Mungkin kita ? :)
Teguran daripada sahabat untuk sahabat
"Macam mana ya nak tegur ni ? takut pulak kalau sakitkan hati dia tak pasal-pasal tak bertegur nanti" Mesti soalan itu akan menerjah di ruang fikiran kita. Kenapa kita ada perasaan macam itu yaa ?
Sebab kita takut sahabat yang ditegur akan tersinggung dan hubungan menjadi renggang. Mengapa kita berasa takut jika perkara yg ditegur itu betul dan dengan cara yang penuh berhikmah. Bukankah sahabat yang baik ialah sahabat yang risau apabila melihat kita melakukan hal yang salah. Sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira apabila kita berjaya dalam apa yang dilakukan dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang kita ada dalam doanya selalu.
Jika satu hari kita menegur sahabat itu demi kebaikannya dan selepas itu dia bermuka masam. Mungkin kerana egonya dia malu pada kita, maka dia pun menjauhi kita. Jadi apa perlu kita buat ? berkecil hati juga ?
Balik pada niat kita menegur sahabat itu tadi. Mengapa kita tegur ? Jika ia semata-mata kerana Allah dan rasa sayang pada sahabat maka kita tidak akan berkecil hati kita juga tidak akan menjauhkan diri walaupun kita sendiri dijauhi. Senang cakap kita buat mcm nothing happen :)
"Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi siang hari yang malamnya tidak pernah menjelma".
Dalam kitab Ihya' Ulumuddin Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tingkat yang tertinggi ialah melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam bersahabat. Manakala tingkat yang paling rendah ialah bersangka baik terhadap sahabat sendiri.
Contohnya jika kita dimaki oleh sahabat sendiri kita tidak berkecil hati tetapi kita cuba memahami bahawa dia sedang ada masalah. Maka kita bersangka baik dan saya mengimpikan sahabat seperti itu, jika awak sahabat itu saya hormat pada awak kerana awak satu dalam 1000.
Dalam persahabatan mesti ada tolak ansur macam perkahwinan. Kita mesti pandai memilih sahabat yang baik kerana sekali bersahabat, kita mahu kekal selamanya. Hei awak , hargailah sahabat awak yang ada sekarang :) Sayangi sesiapa sahaja dan jangan membenci sesiapa. Sahabat yang baik ialah penyeri hati.
0 comments