Aku Berdosa, Tetapi Aku berjaya
09:42Bismillahhirahmannirahim, Assalammualaikum. Disebabkan hari itu baru lepas dapat result SPM , saya nak ucapkan tahniah pada yang berjaya dan jangan mengalah bagi yang tidak berjaya. Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya dan tidak akan memasuki hati yang gelap. Yang menjadi kehairanan, kawan-kawan kita yang bersuka-ria mereka berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu sesiapa yang beriman kepada Allah akan dipermudahkan Allah kehidupannya tetapi kita melihat kawan-kawan kita yang tidak solat berjaya dalam pelajaran. Sedangkan kita susah payah menuntut ilmu. Kita juga tahu bahawa Islam agama yang benar, tetapi kita melihat golongan bukan Islam itu lebih berjaya, dan umat Islam tertindas dalam kehidupan yang sempit. Adakah kita tahu mengapa ? Adakah kita faham selama ini tidak benar ?
Kita tahu apa itu istidraj ? Istidraj ialah seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan melimpah ruah dalam hidup secara berterusan. Walaupun dia bukan hamba Allah yang taat. Mengapa mereka dipanggil istidraj ? Istidraj adalah apabila Allah memberikan kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah kepada manusia dan membuatkan manusia lebih jauh daripada Allah. Biasanya manusia yang mendapat istidraj adalah mereka yang tidak berusaha mengenali Islam dan Allah dalam kehidupannya.
Mari berfikir. Apabila kita melazimkan dosa-dosa, melakukan maksiat, dan kemudian kita berjaya dalam peperiksaan. Apa yang akan timbul dalam diri kita ? "Aku tidak solat pun aku berjaya" Apa yang terjadi pada diri kita ? Kita sudah jauh daripada Allah ! , Astaghfirullah. Jangan berasa gundah apabila kita berjaya menjaga hubungan dengan Allah tetapi kita masih tidak berjaya dalam pelajaran. Seperi satu kisah diambil dpd buku Hilal Asyraf :) "Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan bilangan A yang banyak, tetapi apa kata dia?" "Saya mendapat hidup tenang, bahagia, dapat beribadah kepada Allah dan saya masih hidup dalam ketaatanNya saya sudah berpuas hati dan bersyukur. mungkin saya tidak ada rezeki dalam peperiksaan ini, tetapi mungkin rezeki yang lain." Renung-renungkan :)
2 comments
nice said :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , :)
Delete