Hati yang Kosong
09:48Bismillahhirahmannirahim, Assalammualaikum. Dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong, tidak terisi. Kita semua merasa kekosongannya. Ruang itu sunyi. Kita semua takut dgn kesunyian yg ada dalam ruang itu. Akhirnya, kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yg mencarinya dgn menyeberang lautan. Ada yang berusaha mengisinya dengan cara manganaiya orang lain dan ada juga yg mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.
Tetapi, perasan kosong itu tetap tidak terisi. Kita semua takut dengan perasaan kosong itu. Apakah kekosongan itu ? Apakah yang patut diisi ? Jawapannya, ini adalah ruang untuk Allah s.w.t. Kosong kerana kita tidak mengisinya dgn perkara yang patut kita isikan padaNya, iaitu kepatuhan dan ketaatan serta pergantungan kita kepadaNya.
0 comments