Auratku Kisahku

01:18

Hawa nafsu akan terus menuntut bila engkau terus memanjakannya, tetapi ! jika engkau paksakan ia nescaya ia mahu menuruti kehendakmu
 
Bismillah, aku hanyalah perempuan biasa yang baru melakukan penghijrahan bermula sejak tahun lepas, pelbagai pengalaman pahit, perit, suka duka aku ingin kongsikan sekadar untuk menceritakan pengalaman yang tak seberapa.
 
 
Dulu aku berpakaian tidak mengikut syariat Islam dengan mengenakan tudung-tudung di atas dada, memakai baju seolah-olah membalut badan, memakai seluar yg menunjukkan bentuk kaki. Bila terfikir balik Allahu malunya! Pada awal bulan tahun lepas hati aku terdetik untuk berubah malangnya sebab perasaan suka menangguh aku lupakan saja niat untuk berubah dan terus mencuba pelbagai jenis pakaian yang dapat memuaskan nafsu. Selepas bulan 6, kesihatan aku mula tidak stabil dalam seminggu pasti ada yg sakit. Dalam bulan puasa jugak (kalau tak silap) aku dapat mimpi 2 orang perempuan berniqab/berpurdah memandang aku wallahua'lam pandangan senyum atau pendangan hina. Tapi Alhamdulillah selepas pelbagai dugaan yg aku alami aku dapat menutup aurat secara sempurna. Doakan aku untuk terus istiqamah :)   
 

 
 
Okay teruskan cerita, dalam bulan puasa itu jugak aku mengambil keputusan untuk menunaikan niat yg tertangguh dulu. Aku mulakan secara berperingkat , aku mulakan dgn memakai stokin, kemudian berubah dengan memakai baju kurung dan baju labuh dan akhir sekali menukar tudung yang labuh. Jangan risau ya awak bila ada orang memandang pelik apabila kita berubah, abaikan ya ukhti. Sesungguhnya pandangan dan redha Allah itu lebih penting. Aku masih sakit, ya! masih sakit ada benda yang cuba menghalangi dan menggangguku sejak niatku mula mahu berubah. Sakit makin teruk akhirnya aku ambil keputusan untuk berjumpa ustaz dan memang Sah dia musuh nombor satu manusia yang sentiasa cuba menyesatkan anak Nabi Adam sehingga hari kiamat.
 
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia sebagai musuhmu"
(Fathir ayat 6)    
 
Apa aku buat lepas tu ? Jangan salah faham selepas berubat dengan mana-mana ustaz semua itu akan hilang serta merta kecuali dengan izin Allah. Ia bergantung pada diri sendiri jugak pada amal kita dan ia sangat memerlukan kekuatan rohani, mental dan fizikal. Hubungan dengan Allah paling penting semua kesakitan datangnya dari Allah dan kesembuhan datangnya dari Allah. Ya aku memang kena kuat untuk melawan "benda" yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.
 
"Dan Kami berikan kepada mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran"
(Al-A'raf ayat 168)

 
Yang paling sedih pada tahun lepas aku mengambil PMR. Apa yang aku dapat katakan sesi pembelajaran dekat sekolah sukar untuk aku ikut dan kejar. Dengan sedikit kekuatan dan usaha yang tak seberapa aku buat sekadar yang mampu disamping tawakal kpd Allah. Kesihatan itu satu nikmat ya awak jadi bersyukur sebab saya dapat belajar 2 minggu saja untuk PMR. Sebelum 2 minggu untuk PMR Alhamdulillah dengan izin Allah aku sihat. Selepas buat exam memang tawakal pada Allah sebab itu saja yang aku mampu usahakan walaupun hati agak sedih sikit sekiranya result akan hampakan mama dan babah. Tapi mama faham dia kata "kaklong, mama redha apa saja yg kamu dapat sebab kamu dah berusaha" Ustazah pun sempat peluk dan bagi nasihat "Fiqah setiap ujian yang Allah bagi mungkin disebaliknya Allah bagi nikmat". Inilah kekuatan yg Allah berikan pada aku. Subhanallah! :")  
 
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berserah diri kepadaNya"
(Ali Imran ayat 159)

 
Hari ambil keputusan PMR tiba, aku pergi dengan penuh tawakal pada Allah. Subhanallah, dapat 7A walaupun tak straight's A tapi aku bersyukur sangat tapi.. tapi.. aku rasa itu bukan milik aku itu milik Allah, rezeki Allah. Alhamdulillah dalam kesakitan dan keperitan aku mendapat hidayah dan nikmat yang sangat manis Subhanallah <3 
 
"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah"
(HR. Al-Baihaqi)
 
"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji dengan suatu musibah"
(HR. Bukhari)
 









You Might Also Like

2 comments

  1. You are a strong girl my dear.. <3

    *hancuss english ku, MashaAllah.. >.<

    ReplyDelete