Belajar menerima
09:16Bismillahhirahmannirahim, Assalammualaikum, kita manusia susah sekali untuk menerima pandangan orang lain bukan untuk menyalahkan saya juga kadang-kadang begitu. Kadang-kadang komunikasi dengan orang lain membuatkan kita tersedar. Komunikasi yang terjalin dengan manusia lain membuatkan kita tahu mengenai perihal diri kita sendiri yang mungkin tidak diketahui. Mungkin sebelum ini kita lansung tidak pernah terfikir yang rupa-rupanya kita sebegitu rupa mungkin lebih teruk daripada apa yang kita sangkakan. Penilaian orang lain terhadap kita memang ada kalanya menyakitkan hati apatah lagi jika ia hanya pada bentuk fizikal semata-mata dan lagi menyakitkan apabila dinyatakan pada waktu kita sedang marah. Betul ? kenyit mata.
Kalau betul penilaian orang lain terhadap kita maka terimalah walaupun sakit dan terasa menyiat-nyiat hati. Itu maknanya Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk nampak keburukan diri sendiri melalui orang lain. Bersoal jawablah dengan diri sendiri. Tapi sekiranya penilaian itu tidak betul, kita perlu muhasabah. Apa hak kita untuk menghalang orang lain berkata ini dan itu terhadap kita walaupun perkara itu menyakitkan hati. Jadi kita perlu buat apa ? Sabar ya sabar. :)
0 comments