Ujian Hidup

19:45

Bismillahhirahmannirahim. Assalammualaikum w.b.t. Sihat ? Kalau kita fikir ujian ni banyak hikmah disebaliknya. Contohnya seseorang itu hidup dipenuhi suka dan ceria sahaja jadi dia anggap hidup ini hanya untuk seronok-seronok. Maka, ia melalaikan dia dan termasuk ramai daripada kita. Benarlah Allah itu Maha Adil dalam mencipta sesuatu. Sama seperti rasa suka dan sedih. Apabila dia mencipta kegembiraan pasti ada sifat berlawanan untuknya iaitu kesedihan dan kesusahan hidup. Apalah sangat ujian yang Allah beri pada kita berbanding ujian yang Allah berikan pada Rasul- Rasul sebelum ini. "Allah baru cuit sikit, duniakan tempat ujian fiqah" *kata-kata sahabat kepada saya. Ya memang betul dunia ini memang tempat ujian sebelum kita menuju ke tempat yang kekal abadi dan hakiki.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? "

Dalam hidup ini jangan merumitkan diri sendiri.
Macam mana tu fiqah ? Hmm macam ni contohnya kita ajak dan ajar diri kita untuk sentiasa ingat Allah masa waktu susah dan senang, kita kena ingat lebih-lebih macam kekasih ingat kekasih. Apabila kita ditimpa kesusahan ingatkan diri kisah-kisah insan terdahulu yang sangat teruji oleh Allah dengan kesakitan yang perit.

Sahabat.. Rasulullah SAW itu kan kekasihnya. Jadi mengapa Allah memberi ujian yang berat kepada baginda dalam menyampaikan dakwah islam. Adakah sebab Allah tidak suka pada baginda ? Tidak sesekali tidak. Malah Rasulullah SAW sebenarnya berada pada darjat yang tinggi.

Mungkin kita sudah lama bergelak tawa dan bersuka ria, jadi apa salahnya jika Allah mahu mencuit kita sedikit ? Apa yang penting kita terima semuanya dengan hati yang terbuka. Dia pasti bersama. Siapa dia ? boyfriend ? girlfriend ? Itu semua hanya sementara yang kekal abadi hanya ALLAH. Hakikatnya suka dan duka hanya sementara. Yang kekal hanyalah taqwa kepadaNya. Maka beruntunglah bagi orang yang bertaqwa.

Ujian itu bukan tanda Dia membenci kita,
Tapi tanda Dia mengasihi kita.
La Tahzan.

You Might Also Like

0 comments