Bullies. Seniority. Power.

07:53

"Eh kamu sini kejap"

Si dia pergi dgn penuh tanda tanya.
"Kenapa kak ?"
"Kamu tau apa yg kamu dah buat salah ?"
"Tak tau kak, mintak maaf."
"Kamu tau yg kak suruh pergi sana, ni ke pengawas ? Tak tepat pada masa !?" (Dipendekkan)
Si dia tunduk malu sbb dimarah pada hadapan orang ramai yg lalu lalang. Dia terdiam dan hanya mampu melihat dengan senyuman apabila dimarah dan diherdik dgn suara yg tinggi. Hati dia yang lembut hanya mampu kuat dgn tetap pendiriannya pada Illahi yg ini ujian dariNya. Si dia yg lembut hanya mampu keluar perkataan maaf selain memberi kata terang sebab yg sebenar. Bukan tidak mahu beri kata sebenar cuma tak diberi peluang. 

Masing-masing ada kisah hidup. Begitu juga aku. Aku pernah sampai satu tahap tak nak pergi sekolah sebab tak tahan dgn masalah. Sebab aku rasa rumah selamat dan sekolah satu beban buat aku.

Tapi aku cuba untuk tidak murung dan cuba hadapi apa saja yg akan aku tempuh. Biarlah kata maki dia singgah di telinga aku tiap masa. Cuba kuat dan dapatkan semangat dpd kawan.

 Aku tahu dia cuba untuk nasihat aku , tapi sebagai seorang profesional nasihat dan marah berbeza. Seorang yg ada power , cara untuk nasihat atau tegur sangatlah tak sesuai kalau ditegur pada tempat awam lebih baik ditarik dan bawa ke tempat tertutup dan biar sahaja kau dan dia tahu apa perbualannya.

Sekiranya kita ada power dalam sebuah institusi , sekolah and so on cuba bertindak cara yg membolehkan kita dihormati oleh orang lain. Eg. Walaupun kita ada kat situ atau tak ada, deorang tetap hormat dan tak kata belakang. Jangan bagi alasan "aku memang dah dididik daripada rumah dengan cara macam ni". Sebagaimana kita dah dilantik untuk jadi sebagai pemimpin tolong bukak mata, telinga dan terima apa sahaja nasihat apa yg orang bagi. Bukan dengan cara bongkak dan sombong yg kita sudah perfect. 

Sebenarnya aku banyak belajar daripada dia , contohnya yg "kalau aku jadi pemimpin aku pastikan yg orang di bawah pimpinan aku tak rasa apa yg aku pernah rasa", "aku akan pastikan cara aku memimpin berbeza dengan cara dia". 

Change the negative effects to positive effects. This is what we must study from our history.

You Might Also Like

0 comments