Wanita itu
17:08Wanita itu memandang langit ibarat tiada apa yg berlaku dalam hidupnya. Indah baginya ciptaan langit itu. Bagai lukisan yang sukar manusia lakar. Inilah kehebatan ciptaan Tuhan. Dia terpaku sejenak menikmati nikmat sementara Tuhannya.
Wanita itu seringkali ditimpa ujian dalam hidupnya. Wanita itu seringkali ditipu oleh orang sekelilingnya. Adakah manusia kejam ? Bisik hatinya. Ketawa kecil wanita itu mendengar hatinya berkata-kata. Ya , manusia memang kejam malah zalim pada Tuhannya dan dirinya.
Wanita itu berkata-kata dengan dirinya, hebatnya seorang itu jika Allah turunkan ujian pada hambanya, mungkin kita terleka atau Tuhan nak beri tempat hebat di Syurga.
Wanita itu berkata lagi, manusia juga kejam kerana ramai manusia yg kesakitan, kerana manusia juga ramai manusia yg kelaparan, kerana manusia juga ramai manusia yg ditindas, kerana manusia juga ramai manusia yg lain mati. Merekalah saudara kita tapi manusia lain hidup bagai tiada mata dan telinga. Betullah kata Tuhan. Mata, telinga, dan hatinya Tuhan telah tutup. Adakah kita manusia dapat menjawab disaat manusia ini bertanya pada kita , apa yang kau sedang buat ketika aku sakit ? Lapar ? Sejuk ? Tiada tempat tinggal ?
Wanita itu terdiam. Bagai hatinya dihentam.
0 comments